Ya Rabb..Diri ini milik-Mu

Wednesday 28 May 2014

mutilevel marketing

bismillahirrahmanirrahim..
mencari kekuatan utk menulis sesuatu..
biar manfaatnya berterusan..
mutilevel pahala..

sudah 9 bulan Allah mengamanahkan mereka kpd saya..dlm tempoh 9 bulan ini rasanya terlalu byk hak2 mereka yg tak saya tunaikan.. Ya Allah ampunkan dosa2 dan kelalaian ku dlm mentarbiyah mereka, sama ada yg disedari atau tidak, sama ada yg disengaja atau tidak disengaja..Engkau Maha Halus Maha Teliti..

kalau saya tdk benar2 berusaha utk mentarbiyah mereka, bermakna saya telah mengkhianati perjuangan dakwah ini..boleh jadi sayalah menjadi penyebabnya, yg memutuskan mata2 rantai perjuangan ini..sayalah penyebabnya yg menyebabkan maksiat terus berjalan dgn penuh kemegahan..lantaran kurangya pewaris dakwah..

mentarbiyah dan terus mentarbiyah..kerja mentarbiyah manusia tdk boleh berhenti..krn inilah ruh kpd perjuangan dakwah ini..kita mahu membina manusia yg boleh meneruskan kerja2 mentarbiyah manusia lain..bukan hanya mengumpulkan angka2 kosong..

satu cabaran utk saya, drp mereka bertiga akn menjadi sekurang2nya 12 org dlm masa setahun lagi..semoga mereka menjadi produk2 yg tarbawi, dgn iman yg membara dan fikrah yg pekat dan membumi..

semoga satu hari nanti saya dpt dengar dr mereka bertiga, cabaran2 yg seterusnya..
dari 12 org itu akan menjadi sekurang2nya 48 org?
hanya Allah yg mampu membantu kita dlm urusan ini..

kita akn menjadi umat yg terus berjuang bi iznillah..
jika cita2 kita hanya antara yg dua ini
hidup mulia atau mati syahid..

Friday 11 October 2013

Buat mutarobbi (part 1)


setelah 2 post saya sebelum ini yg berbunyi macam org patah hati, hilang semangat, frust menonggeng..saya berazam itulah kali terakhir saya menulis post2 begitu.. cukup2 lah tu memikirkan masalah diri dan masalah hati sendiri.. sedangkan di luar sana lebih byk lagi hati2 yg memerlukan tarbiyah, memerlukan penghidupan baru..

Alhamdulillah thumma alhamdulillah..
satu masa dulu di muka depan buku usrah saya yg pertama, saya nukilkan sepotong ayat yg benar2 lahir dari hati.. hati yg merasakan nikmatnya hidayah, nikmatnya tarbiyah, nikmatnya berada bersama gerabak dakwah.. "Ya Allah, sesungguhnya aku amat mencintai dakwah ini, janganlah Engkau menariknya kembali disebabkan kelemahan2 diri ini."

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah..
 tulisan ini sebenarnya khas utk mereka yg saya sayang kerana Allah..
melihat kalian, benar2 mengingatkan saya kpd diri saya 5 tahun lepas.. ketika saya mula mengenal apa itu usrah, apa itu tarbiyah.. ketika it saya mula memasang angan2 utk menjadikan dakwah dan tarbiyah ini jln hidup saya.. saya tahu kalian juga begitu.. semoga kalian tabah dan istiqomah..tabah dlm melakukan islah (pembaikan) diri..istiqomah dan thabat dengan pengislahan itu..

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah..
sebenarnya mengingat dan menulis tentang kalian benar2 membahagiakan..
benarlah hiburan bagi seorg daei itu adalah mutarobbi2 nya..

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah
Kalian sebenarnya ibarat pintu syurga buat saya.. semoga Allah bantu saya dlm mentarbiyah kalian..kerana tiada yg diharapkan oleh seorang murabbi melainkan agar mutarobbinya menjadi lebih baik dari dirinya.. tiada yg lebih membahagiakan selain melihat kalian bertambah matang dan semakin laju dlm dakwah.. satu hari nanti kalian akan merasai perasaan seperti ini juga in shaa Allah..

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah..
Beruntungnya kita berada di bwh naungan tarbiyah..
semoga Allah membersihkan umur2 kita yg telah lalu..
dan memberkati umur2 kita yg akan datang..
barokah dari jln dakwah dan tarbiyah yg kita cintai ini..

Saturday 21 September 2013

iman-takwin-amal




Jihad itu buah daripada iman.
Sedangkan iman itu buah daripada tarbiyah dan dakwah. 
Sebab itu 3 marhalah utama dakwah itu adalah:
1- al-imanul 'amiq (iman yg mendalam)
2- at-takwin daqiq (pembentukan yg rapi)
3- al-amal mutawassil (amal yg berterusan)
Tanpa ketiga2 ini, ataupun tanpa salah satu darinya, tiada lagi makna jihad dlm dakwah. Kamu berkata begini krn kamu sendiri merasakan kesannya ketika ini.
FUTUR yg suatu masa dulu kononnya telah kamu tinggalkan jauh di belakang rupanya tak pernah jemu dan letih utk mengejar. Mudah saja caranya, Allah hanya berikan sedikit saja ujian, membuatkan kamu 'sibuk' dgn ujian itu, dan akhirnya terjadilah apa yg akan terjadi itu.. kamu futur tanpa kamu sedari..
Kamu hanya sedar apabila kamu tidak dapat lagi membezakan priority kamu walaupun dlm hal2 yg kecil..
Kamu lebih memilih utk tinggal drpd keluar berjihad dgn alasan yg kamu fikir ia bukanlah-alasan-semata..
Ketika itu kamu mula sedar, kamu sgt memerlukan 'iman baru' yg akan dapat memberikan guidance kpd kamu..seperti suatu masa dulu ketika kamu sgt merasakan manisnya iman itu..ketika mana imanmu tidak pernah gagal memberi fatwa terbaik buatmu..
Dan beruntunglah ketika mana Allah masih berkenan menyedarkan kamu..
Ingatlah, takwin itu bukan hanya penting ketika diawalnya, malah sehingga akhirnya TAKWIN ITU TIDAK BOLEH PERNAH BERHENTI.

Thursday 30 May 2013

Jika Dakwah ini Sebuah Career

Bismillahirrhamanirrahim..

Kalaulah kerja dakwah ini dikira sebagai sebuah career, 
rasanya cereernya sabagai seorang da'ei sedang di ambang kejatuhan..
Mungkin menanti masa utk melepaskan jawatan itu atau menunggu saat diterminate terus..

tapi kejatuhan itu bukan disebabkan gagalnya dia utk naik pangkat atau naik ke gred/level yg lebih tinggi.
tapi kejatuhan ini  dirasakan kerana gagalnya dia utk terus menjadi da'ei yg produktif..
Semakin lama semakin gagal utk mencetak dan membina kader2 baru..
Semakin gagal utk menyebarkan fikrah yg satu masa dahulu begitu mendarah daging dlm dirinya
Semakin sukar utk memandang masa depan, semuanya semakin kabur..

Sukar utk menerangkan perasaannya ketika ini..
Perasaan kecewa seorg yg menggelar dirinya da'ei..
Apalah yg mampu dilakukan lagi jika kekecewaan sudah seperti menelan semua semangatnya..
Apalah lagi yg boleh diharapkan padanya..
Dia kini hanya menanti ketentuan datang, tiada lagi yg diistilahkan sebagai menongkah arus..

Bukan dia mahu menjadi seperti da'ei yg kecewa kerana peringatannya tidak diendahkan, 
lalu akhirnya ditelan ikan nun..
Kecewanya bukan atas sebab yg sama seperti da'ei itu..
Ah! Sukarnya utk menerangkan kekecewaan yg lahir di atas kesilapan diri sendiri..


************************

Tapi,
Harapan masih ada, selagi dia berbaik sangka dgn Allah.
Semoga dgn Allah mencampakkan dia di sini, bukan utk menjatuhkan career dakwahnya
tapi utk dia terus belajar dan meyakini ketika tiada siapa2 yg boleh membantu, ketika tiada yg memahami, 
ALLAH SENTIASA ADA!

Jgn berhenti menongkah arus!





Monday 2 July 2012

Wahai Pemuda

Teringat dulu masa mula-mula terjebak dengan usrah. Satu hari tu ke pasar malam dengan naqibah. Tak jauh nun kami nampak sekumpulan pemuda warga Myanmar (rasanya) tak pun Nepal kot tangah lepak-lepak di sekitar. Tiba-tiba naqibah saya cakap, kesiannya tenaga pemuda yang disia-siakan je. Saya yang masa tu tak berapa nak faham cuma cakap,

''kak, diorang bukannya orang Malaysia (Melayu) pun.''

"Yelah, bukan orang Malaysia (Melayu) pun, tapi diorang tetap orang islam kan?"

Berfikir-fikir jugaklah saya masa tu.

Tapi makin lama saya makin faham dan nampak apa maksudnya.

Tugas melaksanakan hak syahadah tu adalah tugas semua orang islam. Tak kira di mana pun dia berada. Semua orang islam perlu faham tanggugjawab ni. Tidak ada tanggungjwb dan kerja yang lebih utama selain untuk memastikan kalimah Lailahaillallah menjadi yang tertinggi sekali di muka bumi ini. TIDAK ADA!

Islam adalah negara dan tanah air. Oleh itu di mana sahaja negara yang ada umat islam, itu adalah tanah air kita. Di mana sahaja tanah yamg pernah menjadi naungan islam suatu masa dulu adalah tanah umat islam.  [Usul 1 dalam Usul 20 IHAB]

Islam adalah ayahku. bila islam adalah ayahku, bermakna seluruh umat islam adalah adik2 beradikku. [kata-kata sahabat]

Wallahu'alam. Nak tulis banyak lagi. Mungkin lain kali, insyaAllah=)

Saturday 16 June 2012

Afalaa yatadabbaruunal Quran?









Afalaa yatadabbaruunal Quran (Maka tidakkah mereka menghayati Al-Qur'an?)
Am 'alaa qulubin aqfaluhaa (ataukah hati mereka sudah terkunci?)
[Muhammad: 24]


Bacaan Al-Qurannya lancar.
Hampir semua surah2 dalam Al-Quran sudah di tadabbur (dihayati) dan dipelajari tafsirannya.
Bahkan lebih dari itu seluruh juzu' 30 sudah di hafal. Sekarang sedang cuba menghabiskan hafalan surah2 juzu' 29 pula. 


Tapi..
Al-quran itu bukan hanya untuk dilagukan berulang-ulang kali.
Al-quran tidak cukup dengan hanya kita simpan dalam ingatan, tidak cukup dengan dipelajari tajwid2nya.
Tapi Al-quran itu untuk difahami maksudnya dan dihayati dengan hati.
Lebih lagi, Al-quran itu untuk diamal dan dipraktikkan.


*******************************************************************************


Apa agaknya yang terjadi selepas selesai pengajian surah Al-Maun?


Surah yang menyuruh kita menyantuni anak yatim dan orang miskin.


"Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama? Maka itulah orang yang mengherdik anak yatim, dan tidak mendorong memberi makan orang miskin?" [Al-maun:1-3]


Kalaulah boleh diingat, berapa ramai anak yatim yang telah kita santuni? Berapa ramai orang2 miskin di luar sana yang dengan rendah hati kita berikan makanan?


Pergilah berjalan di pasar-pasar, di stesen2 minyak. Bahkan di depan pintu bank, pasti akan ada orang yang duduk menunggu dengan tabung. Hulurkanlah walau hanya seringgit.


Kadang-kala ada orang mengetuk pintu rumah kita minta sedikit sumbangan. Ketika itu buang jauh2 persangkaan2 yang ada dlm hati. Anggaplah mereka itu Allah hadirkan untuk menguji kita. Rezeki mereka Allah dah tetapkan. Tapi anggaplah Allah nak bagi peluang kita untuk menyantuni mereka.


"Maka celakalah orang yang mendirikan solat. (iaitu) orang-orang yang lalai terhadap solatnya, yang berbuat ria', dan enggan (memberikan) bantuan." [Al-Maun:4-7]


Astaghfirullah...
Kitakah yang diperkatakan dalam ayat2 itu?
Hulurkanlah bantuan. Tundukkan ego, tidak perlu ria' kerana kita hanya seorang hamba.
Kepandaian, kekayaan, kesihatan, semua Allah yang bagi.
Gunakanlah semula semua nikmat yang diberi kerana Allah juga.


Allahu'lam.




Ilmu tanpa amal hanya sia-sia. Ibarat pokok yang tumbuh akarnya kuat, pucuk menjulang ke langit tapi tidak berbuah. 







Thursday 3 May 2012

Semoga Allah melimpahkan barakah kepada mereka

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.
"Semoga Allah memberkati kamu IMRA IHRAM & MOHD NAZRAN, dan melimpahkan berkat kpd kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dlm kebaikan."

14-4-2012
Alhamdulillah, dengan izin-Nya semua ini berlaku. Suatu masa dahulu dia tidak pernah tahu bahkan tidak pernah menyangka dirinya akan menjadi isteri kepada lelaki itu. Sejak 4 tahun yg lalu, yang dia pinta pd Allah hanya seorang lelaki yg baik agama dan akhlaknya, yang akan menjadi imam dalam solatnya. Tidak pernah putus doa supaya lelaki itu juga bakal menjadi teman dlm 'perjuangan'nya. Hanya doa dan doa yang dia mampu, kemudian biarlah Allah yg 'memilih' siapa yg terbaik buat dirinya.





Buat dia yang saya cinta kerana Allah, semoga dia memahami kehidupan yang bakal kami bina nanti mungkin tidak sama dengan org lain. Sejak dari mula lagi, perkahwinan ini hanya kerana Allah, tidak ada yang lebih utama selain dari Allah. Sedang dia adalah pemilik cinta saya selepas Allah dan Rasul.

Semoga kami saling meredhai dan semoga Allah juga redha kepada kami dan sesiapa sahaja yg bersama dgn kami (",)